Monday, May 24, 2010

CCTV- Sila baca (Penting!!!)

Salam Sejahtera

Sila baca perkara di bawah.

Perkara
CCTV (kamera litar tertutup); mempunyai 2 komponen (1) Alat perakam DVR dan (2) kamera.

Apa yang perlu dilakukan setiap pagi
Pastikan keempat-empat channel mempunyai gambar/visual pada monitor. Jika salah satu kamera tidak berfungsi, channel terbabit akan memaparkan latar berwarna biru dan mesej v-loss. Selain itu, pastikan terdapat penunjuk rakaman berbentuk petak pada setiap channel. Jika tiada, ini bermakna tiada rakaman dibuat pada channel berkenaan.

Alat perakam DVR mempuyai dua mempunyai 2 lampu penunjuk (1) hijau untuk power dan (2) merah untuk hard disk. Jika lampu merah terpadam atau tidak berkelip-kelip, sila semak hard-disk percentage.

Jika terdapat kerosakan pada mana-mana channel/kamera atau hard disk hampir penuh, sila e-mel dengan segera kepada Bahagian Teknikal - op.techs@myeg.com.my dan cc kepada Pengurus Operasi - lingam@myeg.com.my dan Eksekutif Operasi - hks@myeg.com.my

Mengapa ini perlu dilakukan
Pemasangan CCTV di Pusat Ujian merupakan syarat WAJIB yang ditetapkan oleh JPJ dan perlu dipatuhi oleh pihak MyEG. Dalam kes tertentu, pihak MyEG akan diminta untuk menyediakan rakaman CCTV kepada JPJ sebagai bahan bukti.

Baca, fahami dan cetak e-mel ini untuk difailkan. Jika ada sebarang pertanyaan, sila hubungi saya atau mana-mana staf Teknikal.

Terima kasih.

Mohd Jaafar Azman
Bahagian Operasi MyEG
Dataran Pelangi

No comments:

Post a Comment